Bulan November ni ada beberapa perkara penting yang aku tak sabar nak tunggu selain darai Hari Deepavali, Raya Haji, Hari SPM , Hari Konvo anak ku Ahmad Shah, ada satu hari untuk suami ku iaitu hari 25 tahun bekerja dengan Sime Darby. Untuk pengetahuan Sime Darby akan meraikan pekerja yang setia dengan nya iaitu 20 tahun,25 tahun dan 30 tahun service~mudah2an sempatlah service yang terakhir tu. 5 tahun dulu dia pilih hadiah set rantai,gelang ,subang dan cincin emas Habib Jewels yang sampai sekarang aku masih simpan. Tahun ini aku tak tahu apa yang dia pilih kerana suami masih berahsia. Kalau aku tanya lebih-lebih nanti tentu dia nampak ada logo duit dalam biji mata aku so aku terpaksa berdiam diri lah namun aku harap dia akan pilih emas 999 .. aahh,mungkin juga kali ini dia akan pilih untuk dirinya pulak seperti jam tangan atau kamera yang bernilai tiga ribu tu....cuma aku fikir bila rosak memang akan hilang value 3 k tu...sedangkan emas aku 5 tahun dulu dah naik nilainya berkali2 g...