KKJ road trip
Gambar ni yang sedang melompat ni ketika kami bersedia nak bertolak ke Sabak Bernam~sempat lagi ambil banyak aksi lompat melompat depan rumah . Ya ,Tajuk kali ni agak dah basi sikit ceritanya..tapi aku rasa aku patut juga tulis sebagai satu dari cerita2 yang menarik yg patut aku kenang nanti. Mula2 aku tak tahu apa yg dimaksudkan KKJ road trip yang di tulis dalam face book geng anak perempuan aku ni. Bila ditanya baru tahu KKJ bermakna kitew kitew jew...nama blog kumpulan mereka. http://kitewkitewjew.wordpress.com/ Dari mula aku dah tahu anak perempuan aku nak buat road trip ngan kawan-kawannya tapi yang aku tak tahu bahawa aku dapat ikut sama. Semua terjadi bila abang dia yang sulung tu pun tak malu nak ikut ,lepas tu kereta yang pada mulanya dua buah dah penuh terpaksalah macam tukar plan kena bawa MPV yang lebih besar , akhirnya dah terlebih bangku pula yang boleh sumbat abang yang no dua dan adiknya akhir sekali aku pun boleh sumbat sekali. Mula tu rasa berat juga nak pergi s...