Ragam~Hati Batu
Hari ini aku dikejutkan dengan satu lagi message kematian dari Mak su. Dua hari lepas Abag Mid (abang dua pupu ku) pulang ke rahmatullah kerana sakit semput dalam usianya dalam enam puluhan ,kalau tak salah. Tapi hari ini anak perempuan dari abang sepupu ku pulak meninggal dunia.Umurnya baru 24 macam tu. Dia sering sakit kepala dan minggu lepas tiba2 dia demam dan dibawa ke hospital ~rupa2nya dia mengalami bengkak otak~tempurung kepalanya dipotong tetapi dia tidak dapat diselamatkan. Dia seorang anak yang baik ,mudah2an Allah cucuri rahmat atas rohnya. Sebenarnya aku nak cerita pasal abang pupu ku ini.Ini adalah kehilangan anaknya yang ke dua~dulu anak laki2nya mati accident dalam perjalanan ketempat kerja.Ujian Allah SWT dia mendapat sedikit pampasan .Manakala anak perempuannya ini sudah berhenti kerja kerana mahu menolong ibunya menjaga budak di rumah @ baby-sitter.Kasihan Kak Nah ,mudah2an dia lulus ujian Allah ini dengan flying colors. Abang pupu ku ini sewaktu kecilnya banyak dip...