Nak Jadi Tentera?
Nak sambung sikit lagi cerita pengalaman anak bongsuku yang pergi interview untuk masuk Maktab Tentera Di Raja hari tu.... Bukan dia saje yang bangga dan tak percaya dengan kejayaannya melepasi ujian selama 4 hari tu....aku pun tumpang bangga.Bayangkan selama 360 orang calon yang datang hari tu hanya 60 orang saja yang berjaya sampai ke hari yang terakhir dan Khaliq antara 60 orang yang berjaya tu. Semasa bawa dia pulang rasa terhibur dengar pengalamannya...Pada hari pertama doktor melakukan ujian kesihatan (walaupun dah buat ujian darah, air kencing dan x-ray dengan doktor luar) .Ramai juga yang terkeluar contohnya calon yang rabun warna, yang ada hernia , yang berat badan melebihi BMI dan yang ada penyakit2 lain . Kata anak hampir seratus orang. Calon dikehendaki tanda senarai penyakit jika ada dan salah satu ialah penyakit asma...anak tak dapat menipu kerana dia memang pernah mengidap asma jadi dia tanda sebagai pesakit asma...untungnya sesiapa yang ada penyakit akan di panggil ...