Nilai Kesyukuran
Hari ni nak tulis pasal sifat manusia yang selalu lupa atau kurang sekali mengucap terima terima kasih. Anak2 kurang mengucapkan terima kasih kepada ibu dan ayah. Anak2 murid terhadap guru2 ,pekerja terhadap majikan atau pun rakyat terhadap pemimpin.Dan yang paling ketara hamba terhadap Penciptanya. Terima kasih menunjukkan kita bersyukur dan menghargai apa juga pemberian yang kita terima dengan ikhlas. .Anak yang berterima kasih kepada kedua ibu bapanya akan sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka. Terima kasih tidak perlu walaupun selalu di tunjukkan dengan memberi dalam bentuk material tetapi cukup sekadar meluahkan dengan kata2 dan perbuatan.Seperti anak menjaga orang tuanya yang sudah tua dan lemah. Pekerja yang sanggup bekerja lebih masa untuk menyelesai kan kerja dalam tempoh tertentu dan sebagainya. Janganlah kerana marah pada ibu bapa kerana tidak mendapat sesuatu sanggup lari dari rumah atau kerana kenaikkan gaji yang sedikit ,pekerja mengugut untuk berhenti atau mahu ker...