KESILAPAN
Sebagai ibu ada sedikit rasa kekesalan pada diri dan tercari2 di mana salahnya. Sudah lama perasaan seperti itu berlegar .Kadang2 terasa seperti mahu menyalahkan bapanya yang kuat merokok tetapi akhirnya aku rasa diri ku juga sebenarnya penyebab anak ku di lahir dengan jantung berlubang. Ya aku punca nya. Semasa mengandungkan dia badanku penuh dengan bermacam2 jenis ubat dan dadah.Dan paling bodoh aku menyusukan dia , bukankah air susuku juga sudah tercemar dengan ubat yang berkemungkinan berubah menjadi racun. Sejak kecil hingga ke saat ini aku tidak pernah berhenti merasa bimbang dan kasihan dengan dirinya. Pada hari aku membawanya menemui Dr Kang kerana penyakit goutnya...aku hampir tersentak bila DR Kang menerang kan sesuatu. Kami hampir melakukan satu kesilapan besar ,apabila mendaki GUNUNG LAMBAK....yang ketinggiannya lebih dari 500 m. Mujurlah tidak terjadi sesuatu yang buruk..seperti Dr Kang terangkan kepada kami ada bebarapa kejadian pendaki gunung di serang sakit jantung keti...