Hari ini keluar rumah agak lewat around 10 am , no aerobic class jadi tak kisah lah lewat sikit , latihan saya cuma berjalan dan berlari2 anak atas thread mill selama 30 min ,kemudian cycling 30 min , akhir sekali buat goyang hoolahoop sebelum masuk kebilik berasap.Jam 12 .00 dah rehat. Semasa menuruni anak tangga, setiap langkah anak tangga menyebabkan PAHA saya terasa sakit nak mampus! Dan macam biasa juga perut seperti menjerit2 minta di isikan jadi sebelum balik singgah kedai makan beli lauk,2 ekor ikan keli goreng berlada, 2 ketul ikan pari masak asam pedas ,urap dan masak lemak nangka.Harganya 16 ringgit,jadi saya pun cuba kira balik agaknya sekor ikan keli harga 3 ringgit x2 baru 6 ringgit, ikan pari 2 ketul mungkin 6 ringgit juga ,2 jenis sayur tu mungkin 4 ringgit,jadi betul le tu harganya..tak sabarnya nak sampai ke rumah nak bedal nasi yang dah masak awal pagi tadi. Hari ni banyak perkara gembira berlaku ,selain dari rasa yakin diri tahap maximum (bahawa potongan badan s...