SEDEKAH,DERMA dan HADIAH
Dulu ,ketika saya sedang menunggu roti canai di restoran mamak depan Pudu Raya dengan anak laki2 saya seorang perempuan India yang mungkin tua sedikit dari saya (dari pengamatan uban di kepalanya walaupun ada segelintir orang muda pun dah beruban).Tetapi dari gayanya saya anggap dia tua dan daif. Datang menghampiri saya yang masih menunggu roti canai yang belum sampai2 sambil membawa sekeping kertas menunjukkan yang dia sedang meminta derma untuk rumah orang tua dan anak yatim. Saya teragak2 kerana satu derma itu untuk kaum India dan kedua saya takut niat baik saya akan menjerumus saya kepada dosa yang tidak di sengajakan. Seperti menderma untuk agama lain selain dari agama saya. Setelah membaca surat yang di tunjukkan kepada saya dan berkali2 saya tanya bahawa duit ini tidak pergi ke kuil seperti membina atau mengadakan apa2 perayaan untuk upacara sembahyang saya lantas menghulurkan sedikit wang untuk nya tanpa mahu apa2 resit tetapi oleh kerana ia persatuan berdaftar maka dihulurkan...