Aku baru Tahu
Memang dari dulu aku rasa ada yang tak kena je dengan negara Malaysia ni.....Masa aku berumur 9 tahun tiba2 je ada perintah berkurung kat kampung aku di Kuala Kurau.Waktu tu pertama kali aku nampak askar berlegar2 dalam pekan manakala semua kedai di tutup begitu juga sekolah tempat aku belajar.Mak bagi tahu aku tak boleh keluar rumah nanti kena tembak ! Bila aku dah dewasa sikit masuk sekolah menengah ,cikgu BM yang lepasan Universiti Kebangsaan mula bercerita tentang pengalamannya yang ketika dalam darurat tu .Oleh kerana terlalu takut mereka terpaksa mencari apa saja yang boleh di jadikan senjata untuk mempertahankan diri mereka maka apa yang mereka lakukan ialah membuka semua besi2 katil mereka untuk di jadikan senjata. Bila aku dapat pekerjaan di Kuala Lumpur dan menyewa di flat kawasan Sg Baru, tuan rumah pula bercerita bagaimana dia dengan kumpulan anak2 muda pergi 'berjuang' dan tangannya merah bermandikan darah kaum cina.Sungai di depan flat itu juga turut menjadi merah...