ERA
Aku dilahirkan 3 tahun setelah merdeka dan umur ibu ku waktu melahirkan aku adalah dalam linkungan 30 tahun....bandingkan umur ibu dalam eranya. Era jajahan British, Jepun dan komunis.Membesar dan hidup dalam era kesusahanEra *survival yang tinggi*,era di mana elektrik dan air paip belum ada hanya menggunakan pelita sumbu, minyak tanah dan sumber air dari sungai atau telaga.Era di mana berpindah randah dari tempat kurang selamat ke tempat yang lebih selamat .Era di mana bila waktu2 kecemasan dan darurat terpaksa lari dan menyorok dalam rimbun2 bendang dan pokok2 ubi kayu.Era di mana makanan terlalu susah kerana selalu di rampas oleh tentera Jepun atau Komunis.Era di mana kain adalah barang yang paling bernilai dan susah untuk di dapati....era di mana daun nenas di tumbuk supaya mendapat siratnya untuk membuat benang bagi menampal kain yang koyak.Dan tidak ada satu kain pun yang ibu pakai tidak bertampal .Era dimana menyekolah anak adalah satu mimpi atau angan2 *mat jenin*. Aku adalah ...