'malang tidak berbau' yang bau....
Anak keempat saya laki2 bernama Muhd Qayyum...asalnya saya ingin menamakan dia Abdul Qayyum tetapi Ibu mertua dan kakak ipar komen nama tu tak berapa sedap lalu Abdul ditukar kepada Muhammad.Di lahirkan pada 18.6.1990 di Hospital Daerah Tapah yang terkenal dengan hospital orang asli..... Sekarang giliran dia hendak belajar memandu....Mula2 seperti anak2 yang lain dia akan berani2kan diri curi2 memandu kereta abahnya.Dia mulakan dengan keluarkan kereta abahnya dari tempat parking secara reverse. Bila dah paham sikit mulalah ajak ke satu tempat lapang untuk memandu secara lebih teratur. Biasanya tempat yang menjadi lokasi paling baik ialah di stadium dan waktunya mestilah waktu orang lain sudah pergi bekerja, dan saya juga tidak boleh pilih waktu cuti kerana waktu ini ramai orang kesana untuk berjoging atau mengadakan aktiviti2 sukan. oleh kerana kereta dikendalikan seacara otomatik,tentulah si pemandu dapat memandu dengan mudah.peluang seperti ini memang ditunggu oleh anak saya,Qayum...